Idea Perniagaan Pada Bulan Ramadhan
April 25, 2019
ngin mencari wang tambahan untuk persediaan Syawal, ataupun ingin berjinak memulakan perniagaan baru? Bulan Ramadhan menawarkan banyak peluang perniagaan, jika anda bijiak mencari kesempatan.
Untuk memastikan anda memasuki pasaran yang betul, berikut merupakan 10 cadangan perniagaan yang boleh anda cuba pada Ramadhan ini, dan juga petua untuk memaksimakan keuntungan.
1.Servis Penghantaran Makanan Bersahur
Ramai orang fokus untuk berniaga di bazaar Ramadhan, tetapi penghantaran dan penyediaan makan sahur merupakan satu niche yang berpotensi untuk diterokai. Tambahan, ramai Muslim yang gemar untuk bersahur dirumah kerana lebih cepat dan senang. Potensi perkhidmatan penghantaran makanan halal sangat luas, terutama jika anda tahu jenis makanan dan waktu yang sesuai. Perkhidmatan anda juga boleh dikembangkan ke penghantaran selepas bulan Ramadhan.
Anda boleh rujuk laman web ini untuk resepi-resepi bersahur yang enak!
2.Minuman Sejuk Menyegarkan
Cuba lari dari minuman manis yang biasa dijual di bazaar dan pasar malam. Anda boleh cuba jual minuman dengan perisa yang tidak biasa dijual sebelum ini. Contohnya, anda boleh cuba mencipta minuman dengan resepi jenama seperti Starbucks atau Juice Works, dan jual pada harga yang lebih murah. Tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh menyediakan smoothie berperisa.
Pastikan anda mencari lokasi strategik untuk menjual minuman anda, dan elak dari menjual minuman dekat gerai minuman yang lain. Cuba untuk dapatkan kebenaran berniaga di lokasi yang berdekatan dengan hentian pengangkutan awam (bas atau LRT), yang semestinya menarik perhatian ramai pelanggan.
3.Kuih Raya
Banyak kuih raya yang bakal menjadi rebutan rakyat Malaysia sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, terutamanya semakin dekat dengan Hari Raya Aidil Fitri. Kuih seperti Almond London, ‘semprit’, cornflakes madu, dan banyak lagi akan mendapat permintaan tinggi. Ini terutamanya di pejabat dimana para pekerja tidak sempat untuk membuat kuih raya sendiri.
Anda juga boleh menjual kuih raya di kedai, gerai makanan atau restoran yang berdekatan dengan pejabat, universiti, atau lokasi awam untuk menjana jualan.Untuk menambah keuntungan, lakukan kerjasama dengan pemilik gerai untuk mempromosi kuih anda dan bahagi keuntungan, sekitar 10% – 20% sebagai balasan.
Ketahui bagaimana anda boleh menyediakan Cornflakes madu yang enak seperti dibawah.
4.Buah-buahan potong
Jika anda belum tahu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengumumkan monsun barat daya telah bermula Khamis lepas, dan hanya akan berakhir September ini. Angin monsun ini bakal membawa hujan yang kurang, lantas cuaca berkemungkinan akan menjadi lebih panas di sekitar Semenanjung Malaysia.
Maka, menjual buah-buahan potong yang boleh terus dimakan adalah satu idea yang bagus bagi membantu Muslim menghidrat semula sewaktu berbuka.
Untuk menarik perhatian pelanggan, ketahui bagaimana anda boleh potong buah-buahan dengan kreatif seperti video dibawah:
5.Pisang Goreng
Ini merupakan juadah yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Anda boleh jual juadah ini untuk berbuka dan juga moreh. Jika anda boleh mencipta resepi yang betul, anda mungkin boleh menjadi seperti Pak Cik Zain, yang terkenal dengan Pisang Goreng Terbaik Malaysia di Uptown Damansara.
Variasikan menu gorengan anda selain pisang goring, dan gerai anda mungkin menjadi viral seperti apa yang dilakukan oleh Mohd Shukri Zulkafli di Johor Bahru ini.
Mari kita lihat resepi asas untuk Pisang Goreng yang rangup seperti video dibawah:
6.Ayam Bakar
Sama ada ayam panggang, ataupun kebab Shish Tawook, rakyat Malaysia tidak akan menolak apa jua bentuk ayam bakar. Untuk kelainan, anda boleh experiment untuk mencari sos rekaan anda sendiri yang akan menonjolkan anda berbanding gerai lain.
Dengan banyak saingan yang bakal dihadapi, kunci untuk memperoleh keuntungan terletak pada persiapan rapi dari awal hingga akhir. Ini termasuk dari sos perapan yang betul dan menyelerakan hinggalah peralatan memanggang efektif yang boleh memasak dalam kuantiti yang banyak.
Tip: gunakan arang kerana rakyat Malaysia menggemari rasa makanan yang dibakar dengan arang.
Anda boleh rujuk resepi Shish Tawook dibawah sebagai idea:
https://www.youtube.com/watch?v=YnesVmJMB3E
7.Hamper Raya Berkhasiat
Hamper Raya bukanlah sesuatu yang baru, tetapi gantikan produk yang biasa digunakan dengan makanan berkhasiat serta dibuat dari bahan semulajadi. Ditambah pula dengan permintaan makanan berkhasiat yang meningkat, terutamanya di bulan Ramadhan ini.
Sebelum memulakan perniagaan, kenal pasti pengedar produk makanan yang anda ingin gunakan dalam hamper anda. Dengan ini, anda tidak akan terputus bekalan. Mungkin, anda juga boleh mendapat harga diskaun apabila beli terus dari pembekal.
Anda boleh rujuk akaun Instagram berikut untuk idea Hamper Raya yang boleh menarik pelanggan:
8.Kad Ucapan Ramadhan / Hiasan Kraftangan
Bagi mereka yang mempunyai bakat, gunakan bulan Ramadhan ini untuk memanfaatkan bakat anda dengan menjual Kad Ucapan Ramadhan (dan juga untuk Hari Raya!). Dengan kemudahan teknologi yang ada, hiasi kad ucapan anda dengan lagu, lukisan tangan, dan juga kraftangan lain yang boleh digunakan sewaktu Hari Raya.
Anda juga mungkin boleh mengambil tempahan untuk audio rakaman khusus dari pelanggan! Sediakan khidmat hantaran bagi memudahkan tempahan. Selain menjual di gerai ataupun bazaar, anda perlu manfaatkan kemudahan media sosial untuk memudahkan tempahan dan mempromosikan perniagaan anda.
Rujuk video dibawah sebagai inspirasi:
9.Set Hadiah Ramadhan
Seperti set hamper raya di atas, set hadiah Ramadhan juga turut mendapat permintaan, sebagai tanda ingatan sewaktu berkunjung sahabat ketika majlis berbuka puasa, atau sekadar hadiah untuk yang lain.
Sama seperti menjual kad ucapan, maksimakan penggunaan media sosial untuk mengambil tempahan, menjual, dan mempromosikan produk anda.
Jika anda mendapat tempahan dalam jumlah yang banyak, gunakan peluang ini untuk membina jenama anda dengan menawarkan harga yang lebih murah.
Antara contoh set hadiah tersebut ialah:
10.Gerai Makanan Tengah Malam
Jika anda gemar makan lewat malam, sudah tentu anda tahu ini merupakan antara peluang perniagaan yang berpotensi tinggi. Terutamanya di bulan Ramadhan, dengan ramai orang mencari makanan moreh selepas Solat Terawikh, ataupun untuk bersahur awal. Tetapkan menu makanan yang ingin dijual dan pilih lokasi yang sesuai.
Tetapi, anda perlu yakin yang anda memiliki komitmen yang tinggi untuk melaksanakan perniagaan ini. Jika ya, dapatkan lesen berniaga yang sah dari majlis perbandaran sebelum berniaga.
Dengan idea-idea perniagaan diatas untuk dicuba, jangan jadikan isu modal menghalang anda! Mohon pinjaman peribadi dengan kadar pinjaman terendah disini!

Siti Malissa
Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi
Comments