Sabtu, 14 Disember 2019 | 10:37am

Ahli perniagaan rugi RM90,000 ditipu sindiket pinjaman wang peribadi
KANGAR: Seorang ahli perniagaan di daerah ini kerugian lebih RM90,000
selepas ditipu oleh sindiket pinjaman wang peribadi yang tidak wujud di Facebook sejak 2018, sebelum tampil membuat laporan polis minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata wanita berusia lingkungan 50-an itu pada awalnya ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 dan mengenali sindiket melalui Facebook pada penghujung 2018.
Menurutnya, mangsa dijanjikan pemberian pinjaman wang terbabit sebelum diminta memindahkan wang melalui beberapa transaksi kepada sindiket dengan alasan sebagai upah dan caj perkhidmatan.
“Bagaimanapun, secara tidak sedar, dia sudah menyerahkan wang miliknya sebanyak RM90,000 kepada suspek melalui beberapa transaksi sejak hampir setahun.
“Dia hanya menyedari ditipu pada hujung bulan lalu selepas hampir setahun melakukan transaksi sehingga kerugian wang, namun tidak menerima apa-apa bayaran pinjaman daripada sindiket,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Wari berkata, mangsa hadir ke balai polis minggu lalu bagi membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.
“Mangsa mengakui sudah tidak ingat berapa kali transaksi yang dilakukannya kerana kerap memindahkan wang kepada sindiket setiap kali diminta melalui telefon.
“Pihak kami masih menyiasat perkara ini kerana mangsa lewat membuat laporan polis selepas hampir setahun ditipu,” katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Siti Malissa
Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi
HP : 012-289 8091 / 012-648 8091
Comments