Rabu, 25 Disember 2019 | 12:01pm
Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'
KUANTAN: Hasrat seorang peniaga mahu memperbesarkan perniagaannya tidak kesampaian apabila diperdaya RM49,500 oleh syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa difahamkan menerima panggilan telefon daripada suspek pertengahan November yang mempromosikan tawaran pinjaman kewangan oleh sebuah ‘syarikat’ yang kononnya beralamat di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, suspek dikatakan berjaya menyakinkan mangsa bahawa mereka ialah syarikat berlesen dan mempunyai kadar faedah yang rendah menyebabkan mangsa tertarik untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000.
“Mangsa mendakwa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1,660 secara dalam talian ke akaun yang diberikan suspek kononnya sebagai tanda setuju membuat pinjaman pada 15 November lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa sekali lagi dihubungi suspek selang beberapa hari kemudian, bagi menyatakan pinjaman itu diluluskan, namun mangsa perlu membuat bayaran pemprosesan sebelum wang dapat dikeluarkan.
Mangsa juga mendakwa menjelaskan pelbagai lagi bayaran yang diminta suspek secara berperingkat ke dalam pelbagai akaun bank berbeza, yang akhirnya mencecah RM49,500 menyebabkan dia mula berasa curiga dengan suspek.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — BERNAMA
Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi
HP : 012-289 8091 / 012-648 8091
Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi
HP : 012-289 8091 / 012-648 8091
Comments